Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar        Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam,        beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta        datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati        oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam        lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar        Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum        arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh        pembesar-pembesar Quraisy yang lain. 
Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar        R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W.        dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan        baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi        Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap        paling banyak sekali berkorban harta benda untuk        menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W.        Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah        S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di        atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu        Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan        kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu        membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi        Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu        kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang        dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar,        tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama        Islam. 
Kata Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika        menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu        Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri        Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak        munid. Dia berkata kepadaku: 
"Aku kira tuan datang dan Tanah        Haram. 
"Benar, jawabku. 
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy? 
"Benar, ujarku lagi. 
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan        keluarga Bani Taiyim? 
"Benarlah begitu, tambahku        selanjutnya. 
Orang tua itu terus menyambung,        katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan        dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak        keberatan jika aku lihat perutmu? 
Maka pada ketika itu aku pun berkata,        "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak        nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya. 
Maka ujar orang tua itu, "Aku        sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa        seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu        akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang        masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur.        Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap        lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang        kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih        kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya        dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya        kalau tuan perlihatkan kepadaku. 
Maka sesudah dia berkata itu aku pun        membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi        lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata,        "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!       
Kemudian orang tua itu pun memberi        sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk        beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum        meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui        orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal        kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan        menyampaikan beberapa rangkap syairku? 
"Boleh sahaja, jawabku. 
Setelah itu aku pun membawa pulang        syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para        pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah        engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula,        "Apakah yang terjadi itu? 
Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib        kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat        engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia.        Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk        menyelesaikannya. 
Kemudian aku pun meminta mereka        pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui        Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai        Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan        dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah        menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita. 
Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah        Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian        ummat! 
Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa        buktinya? 
Jawabnya, "Orang tua yang engkau        temui di Yaman tempoh hari. 
Aku menambah lagi, "Orang tua yang        mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua        yang aku temui di Yaman itu? 
Baginda menyambung, "Orang tua yang        mengirimkan untaian syair kepada engkau! 
Aku terkejut mendengarkannya lalu        bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai        sahabatku? 
Maka ujar baginda, "Malaikat yang        pernah menemui Nabi-nabi sebelumku. 
Akhirnya aku benkata, "Hulurkan        tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi        tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan        (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah. 
Demikianlah kisah indah yang        meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan        Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau        merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada        Rasulullah S.A.W. 
Keislaman Saiyidina Abu Bakan        Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan        kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya        itulah maka beberapa orang pemuda   bangsawan Quraisy        seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin        Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya.        Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A.        telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta        seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai        oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan        baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita        ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda        Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat        Rasulullah S.A.W. pernah suatu han menanyakan Rasul,        "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi?        Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki        adalah bapanya. 
Selain danipada itu Saiyidina Abu        Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang        terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi        akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W.        pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika        ditimbang iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian        ummat maka berat lagi iman Abu Bakan. Demikian teguhnya        iman Saiyidina Abu Bakan R.A. demi apakala kita        memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda        Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran AlSiddiq        yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakan        R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya        yang teguh dalam membenarkan serta membela din        Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan        mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti        pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya. 
Tidak beberapa lama setelah memeluk        agama Islam, Saiyidma Abu Bakar yang terkenal sebagai        saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya        dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu        menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk        melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama Nabi        Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana kegiatannya maka        Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa        pemuda Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan        itu. Beliau telah mengorbankan seluruh hanta bendanya        untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang        ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga        telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya.        Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian        dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah        Bilal Bin Rabah. 
Tatkala Nabi Muhammad selesai        melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang        mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W.        telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk        mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad        S.A.W.  itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu        Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu        Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak        masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan        itu disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun        berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka,        "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika        Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang        diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung,        "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke        tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam        semalam tadi? Maka sahut Abu Bakan sungguh-sungguh,        "Benar! Aku percaya! Malah lebih dan itu aku percaya        kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit        diberitakannya baik pada waktu slang mahupun di waktu        malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling        utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau        terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap        apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah        diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq,        entinya yang benar. 
Dan memanglah tidak menghairankan        sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan        Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh        dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya        itu benkata benar, tak pernah bohong; orang amin.        Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya yang        pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu        Pesunuh Allah Yang Maha Kuasa, menenima wahyu danipada        Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan        petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada sahabatnya        itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya. 
Tatkala keadaan kekejaman orang-orang        musynikin Quraisy tenhadap kaum Muslimin yang sedikit        jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi        Muhammad S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di numah        Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mencani jalan keluar        danipada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum        Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan        kepada Saiyidina Abu Bakan R.A. bahawa Allah S.W.T.        telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke        Madinah serta meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya        menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan        perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina        Abu Bakar R.A. menyambut penmintaan Rasulullah S.A.W.       
Dari pintu belakang rumah Saiyidina        Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina        Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua        yang dibeni nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat        kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa        kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh        dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi,        maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah        Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq,        sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur.        Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan        situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh        kerananya Rasul benkata, "Apakah yang menggelisahkanmu,        bukankah Allah menemani kita? 
Kemudian Rasulullah S.A.W.,        diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan        kebimbangan Saiyidina Abu Bakan, "Kiranya mereka masuk        juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri        dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan        ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh        ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya        pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal        pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya        kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu        bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh        pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah        keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau pennah berkata,        "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya        sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah        seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat        dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita        yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan        yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antara dua orang sahabat        tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam        Surah Al Taubah ayat 40: 
 إِلَّا        تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ        الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي        الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ        اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ        وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ        الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ        الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (40)  
"Kalau kamu tidak menolongnya        (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan        kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja        di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata        kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau        berdukacita; sesungguhnya Tuhan bensama kita. Tuhan        menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya        dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan        menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah        dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha        Kuasa dan Bijaksana. 
Demikian satu lagi keistimewaan        Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq sebagai seorang sahabat        yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan        bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam.        Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai jauh dengan        baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua        peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan        sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap        jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya.        Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban        harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh        kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk        kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di        kalangan para sahabat beliaulah tergolong onang yang        paling murah hati dan dermawan sekali. 
Dalam Perang Tabuk misalnya,        Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum        Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah.        Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa        seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua        tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang        dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad        itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata        kepadanya: 
"Hai sahabatku yang budiman, kalau        sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang        akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu? 
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu        dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang        sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka        Allah dan RasulNya. 
Allah telah merakamkan kedermawanan        Abu Bakar dalam ayat 18-21 surah al-Lail.
الَّذِي        يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى (18) وَمَا لِأَحَدٍ عِنْدَهُ        مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى (19) إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ        رَبِّهِ الْأَعْلَى (20) وَلَسَوْفَ يَرْضَى (21)        
"Yang mendermakan hartanya        dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,        Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut        di balas, Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang        Maha Tinggi; Dan demi sesungguhnya, dia tetap akan        berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala        yang diharapkannya)". ayat 18-21 Surah        al-Lail.
 
Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina        Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang        memang tidak dijumpai bandingannya di dunia.        Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam        maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya        Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti        Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq.        Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya        iman seluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu        Bakan R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakan R.A.        Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah        ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab        Rasulullah s.a.w 
Pada suatu ketika di saat Rasulullah        membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa        kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih        dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah,        dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia,        melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan...        Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu        Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu,        kenana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan        mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut        ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah        hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar        R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain kerana        beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir        dekat. 
Keunggulan beliau dapat dilihat        dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala        mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak        percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar        Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi        kekacauan fikinan dan tampil ke muka umum sambil        mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani        mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a.,        "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah        sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah        menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari,        kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah        diheboh-hebohkan wafatnya. 
Ketika kegawatan itu berlaku        Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung        Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu        sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke        Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang        benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab        tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus        ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau        dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut        rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan        mengucupkannya, sambil berkata, "Wahai, betapa cantiknya        engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika        mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai        yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada        yang keras: 
 أَيّهَا        النّاسُ إنّهُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمّدًا فَإِنّ        مُحَمّدًا قَدْ مَاتَ وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللّهَ فَإِنّ        اللّهَ حَيّ لَا يَمُوتُ .
"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa        yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati.        Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah        selama-lamanya hidup tidak mati. 
Seraya menyambung        membacakan sepotong ayat dan Al Qun'an: 
وَمَا        مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ        الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى        أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ        يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ        (144)
"Muhammad itu tidak lebih dari        seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu        darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu        berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang,        dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan        sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada        orang-orang yang bersyukur. Ali Imran        : 114
Sejurus sahaja mendengar ayat itu,        Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah        beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar        pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah        sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar        ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa        peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah        diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak        pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka        tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami        oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan        kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami        Islam. 
Ketika Rasulullah S.A.W. wafat,        baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa        yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat        Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin        dengan suara ramai memilih Saiyidma Abu Bakan Al-Siddiq        sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh        Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah        tepat sekali kenana pada pandangan kaum Muslimin memang        beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan        itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para        sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah        ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk        menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala        baginda sedang uzur. 
Setelah dipilih oleh sebahagian besar        ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun        memberikan ucapannya yang tenkenal yang antana lainnya        baginda berkata: 
 أَيّهَا        النّاسُ فَإِنّي قَدْ وُلّيت عَلَيْكُمْ وَلَسْت        بِخَيْرِكُمْ فَإِنْ أَحْسَنْت فَأَعِينُونِي ؛ وَإِنْ        أَسَأْت فَقَوّمُونِي ؛ الصّدْقُ أَمَانَةٌ وَالْكَذِبُ        خِيَانَةٌ وَالضّعِيفُ فِيكُمْ قَوِيّ عِنْدِي حَتّى        أُرِيحَ عَلَيْهِ حَقّهُ إنْ شَاءَ اللّهُ وَالْقَوِيّ        فِيكُمْ ضَعِيفٌ عِنْدِي حَتّى آخُذَ الْحَقّ مِنْهُ إنْ        شَاءَ اللّهُ لَا يَدَعُ قَوْمٌ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ        اللّهِ إلّا ضَرَبَهُمْ اللّهُ بِالذّلّ وَلَا تَشِيعُ        الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطّ إلّا عَمّهُمْ اللّهُ        بِالْبَلَاءِ أَطِيعُونِي مَا أَطَعْت اللّهَ وَرَسُولَهُ        فَإِذَا عَصَيْتُ اللّهَ وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي        عَلَيْكُمْ .
"Wahai sekelian ummat! Aku telah        dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah        orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika        pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada        baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu        adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya        mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara        kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus        mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk        dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah        kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya.        Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu        sekelian tak harus lagi patuh kepadaku. 
Aku dipilih untuk memimpin urusan ini        padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin        benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk        urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar        aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah        S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya,        Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia        wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari        kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia        biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga        di antara kamu. 
Ini adalah satu pembaharuan dalam        pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat        jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia        barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi        manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa        dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah        diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang        memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segena        memintas cakap orang itu dengan katanya: 
"Saya bukan Khalifah Allah, saya        hanya Khalifah RasulNya! 
Adalah diriwayatkan bahawa pada        keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih        sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakan R.A. kelihatan        membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang        yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antananya        Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati        baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh        dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya,        "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku        membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang        menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun        kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi        ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam        memperolehi gaji dari hanta kerajaan. 
Keadaan ini mendapat perhatian dari        para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya        buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari        Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar        meninggalkan usaha penniagaannya kerana hendak        memusatkan selunuh tenaganya untuk mengembangkan agama        Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang        Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam        baginda hanya menerima penuntukan sebanyak enam ribu        dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200        dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak        dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum        wafatnya baginda telah memenintahkan supaya        pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.       
Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga        ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun        kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak        dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar        tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang        lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain.        Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar        keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya. 
Sebelum baginda wafat, kepada        Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar        jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang        ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim        bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang        sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A.        tidak lupa mengingatkan Saiyidma Umar R.A. apa yang        dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana        cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah        baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan        melaksanakan kewajipan bianpun yang demikian itu amat        berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya        kepada Umar Ibnul Khattab R.A.: 
"Dengarlah hai Umar! Apa yang akan        kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan        kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum        matahani terbit pada esok hari engkau hendaknya telah        mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah        hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besannya dapat        melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau        telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala        Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah        satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana        yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku        melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah        jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota        Madinah mi telah jadi lautan api. 
Dalam masa pemerintahannya yang        singkat Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq yang memerintah        hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan        asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh        dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam        masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan        kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap        janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya        itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan        lembaran-lembaran yang abadi. 
Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar        Al-Siddiq adalah penuh dengan ibarat, penuh dengan        nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang        indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu        baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan        kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan        kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara        kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan        Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri niwayat        pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan        sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian danpada        negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang        lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda        dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid        Madinah. Semoga niwayat serta penjuangan baginda menjadi        contoh ibadat yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.       
 






 
 
0 comments:
Post a Comment